Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS(SSQS) Bagi Tahun 2019

26 08 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards(SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indicator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan(k-economy).

Semua sekolah di negeri Sabah perlu mengisi penarafan SSQS 2019 mulai 16 Julai 2019 – 30 Ogos 2019 di url ini :

Pentadbir SSQS (Guru ICT) di sekolah perlu ke menu Log Masuk Admin untuk mendapatkan senarai Token (Tag) yang perlu diedarkan kepada setiap responden untuk menjawab soal selidik penarafan SSQS. Log Masuk Admin Sekolah ialah KOD SEKOLAH dan kata laluan ialah KOD SEKOLAH.

Borang-borang responden offline untuk SSQS 2019 boleh dimuat turun daripada URL di atas. Jika sekolah mempunyai masalah pengisian atau token, sila hubungi PKG di talian 088-787834.


Actions

Information

Leave a comment