NILAM


LATAR BELAKANG

Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.

PROGRAM NILAM

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

MATLAMAT

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.

OBJEKTIF

a.  Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca

b.  Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

TIGA ELEMEN PROGRAM NILAM

i. Rekod Membaca : Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod membaca NILAM

ii. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.

iii. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

PELAKSANAAN

Program NILAM mempunyai dua tahap:

Tahap I : Jauhari

Tahap II: Rakan Pembaca

TAHAP JAUHARI

♦ Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.

♦ Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah

♦ Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain sumber.

♦ Mula dinilai dati Tahun 1 hingga Tahun 6 (Sekolah Rendah) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah).

RAKAN PEMBACA (RP)

♦ Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.

♦ Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.

♦ Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.

♦ Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah atau dari sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain.

♦ Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca.

CONTOH AKTIVITI RAKAN PEMBACA (RP)

a.  Bercerita

b.  Membaca Bersama

c.  Bicara Buku

d.  Meminjam buku

e.  Pidato

f.  Ulasan buku

SISTEM GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN

Tahunan

♦ Buku Rekod Kemajuan

♦ Kad Kumulatif

Keseluruhan

Selepas 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.

♦ Sijil Berhenti Sekolah

♦ Surat Akuan Sekolah

TAHAP JAUHARI

Sekolah Rendah

Jumlah Bacaan Pengiktirafan
90 – 179 Gangsa
180 – 269 Perak
270 – 359 Emas
360 ke atas NILAM

Sekolah Menengah

Jumlah Bacaan Pengiktirafan
72 – 143 Gangsa
144 – 215 Perak
216 – 287 Emas
288 ke atas NILAM

RAKAN PEMBACA (RP)

Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut:

MARKAH PENGIKTIRAFAN
100 – 199 Gangsa
200 – 299 Perak
300 – 399 Emas
400 ke atas NILAM

MASA YANG DISARANKAN PROGRAM NILAM

♦ Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.

♦ Masa Khas – SEMAI (Sepuluh minit Asas Ilmu)

♦ Waktu untuk aktiviti Pusat Sumber Sekolah.

♦ Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan.

♦ Menggunakan waktu senggang untuk membaca.

♦ Dalam pelbagai aktiviti membaca.

CADANGAN AKTIVITI PROGRAM NILAM

♦  SEMAI

♦  Program IQRA

♦  Membaca Bersama

♦  Ceramah Buku (Book Talk)

♦  Khemah Membaca

♦  Bacalah Sayang

♦  Kuiz Pengetahuan

♦  Pertandingan Bercerita

♦  Radio Sekolah

♦  Pameran Buku

♦  Pidato

♦  Akhbar Dalam Darjah

♦  Reading Is Fun

♦  Klinik Membaca

♦  Buku Skrap