1BestariNet

1bnselfcare.yes.my

NOTA: Sila klik gambar di atas untuk membuat aduan talian 1BestariNet. Sila semak emel 1BestariNet yang telah diberi untuk mendapat ‘Username’ dan ‘Password’. Setelah itu, sila semak emel “Akaun Selfcare Portal”.

Sila pastikan segala aduan 1BestariNet yang dilaporkan mesti mempunyai nombor log masalah/ trouble ticket no supaya tindakan selanjutnya dapat diambil oleh PMO dan YTLC.

Selain itu, kerjasama pihak tuan/puan memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan PKG bahawa pihak sekolah boleh membuat aduan melalui portal berikut:

https://1bnselfcare.yes.my

Dari situ, pihak sekolah akan dapat no. log/ trouble tiket no. selepas masukkan aduan dalam portal tersebut.

Sekiranya pihak sekolah lupa ID dan password untuk portal tersebut, anda boleh mendapatkan ID dan kata laluan dengan menghubungi:

Meja Bantuan 1BestariNet – 0187998787 atau moesupport@ytlcomms.my

Pastikan no.log/trouble ticket number perlu direkod dalam buku log sekolah dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai.

Dicadangkan agar sekolah membuat speedtest bagi isu capaian internet dan cetaknya sebagai dokumen sokongan. Laporan isu/masalah tersebut perlu dihantar kepada 1bestarinet@moe.edu.my secara mingguan untuk dibawa ke mesyuarat bersama PMO dan YTLC.




%d bloggers like this: