Info PKG Tuaran


PUSAT KEGIATAN GURU TUARAN

Pusat Kegiatan Guru Tuaran berperanan memberi khidmat bantu kepada warga pendidikan di sekolah-sekolah dalam Daerah Tuaran. Lokasi bangunan PKG Tuaran terletak bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran serta Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran. Jaraknya lebih kurang 46km dari Bandaraya Kota Kinabalu.

SEJARAH PKG TUARAN

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Tuaran, sebelum ini dikenali dengan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah Tuaran (PSPDT) pada tahun 1986 dan ianya di bawah penyeliaan seorang penyelia daerah. Pada ketika itu, ianya ditempatkan bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah yang menyewa di tingkat dua bangunan SEDCO di Pekan Tuaran.

PSPDT ditukar nama menjadi Pusat Kegiatan Guru Daerah Tuaran (PKGDT) pada tahun 1990 dan hanya pada awal tahun 1992 seorang Pegawai Penyelaras PKG dilantik. PKGDT kemudian mendapat ruang yang agak luas di tingkat tiga setelah Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran menyewa sebuah pejabat baru di tingkat dua bangunan kedai yang terletak di Jalan Sungai Damit.

Pada 16 Februari 1994, bangunan dua tingkat PKGDT telah dirasmikan oleh YAB. Tan Sri Hj. Muhammad Hj. Muhd. Taib, Menteri Besar Selangor Darul Ehsan pada ketika itu. En. Mohd. Azman Putong adalah pegawai Penyelaras PKG Daerah Tuaran yang pertama sehingga ke tahun 1998 apabila beliau mendapat kenaikan pangkat dengan menjawat jawatan sebagai Penyelia di Unit Pendaftaran Sekolah, Jabatan Pendidikan Sabah. Tempatnya digantikan oleh En. Salleh Mamun bermula dari April 1999 sehinggalah 10 Januari 2003.

Pada bulan Januari 1999, bangunan PKGDT turut terlibat dalam banjir besar yang melanda Daerah Tuaran. PKGDT mengalami banyak kerosakan peralatan dan kemusnahan bahan. Sehubungan dengan itu, pada pertengahan tahun 1999, permohonan dibuat agar tingkat bawah PKGDT dipasangkan mozek. Pada awal tahun 2000, atap PKGDT ditukar dari atap asbestos ke zink dan pada tahun berikutnya pula, PKGDT dipagar demi menjaga keselamatan bangunannya.

Pada tahun 2003, En. Salleh Mamun telah dinaikkan pangkat ke DGA32 dan telah bertukar ke SK. Laya-Laya sebagai Penolong Kanan 1, maka pada 14 April 2003 tempat beliau telah digantikan oleh En. Junaidi Bin Hj. Adam sebagai Pegawai Penyelaras PKG Daerah Tuaran yang baru sehingga ke tahun 2007. Pada Januari 2005 jawatan penyelaras PKG telah ditukar nama dengan rasminya oleh Datin Dr. Norhayati Abd. Rashid, Pengarah BTP pada ketika itu kepada Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) PKG.

Pada tahun 2006, kakitangan PKG telah ditambah kepada dua orang iaitu gred DGA32 dan gred DGA29 dan seorang pembantu tadbir N17. Pada 16 Januari 2006, Encik Makmur Bin Ibak telah melapor diri bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29. Tidak lama selepas itu, En. Junaidi Hj. Adam telah bertukar ke Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sandakan, manakala tempat beliau digantikan oleh En. Makmur Bin Ibak dan seorang Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29 yang baru iaitu En. Johan Singh.

Pada 29 Jun 2009 PKG Tuaran telah menerima seorang Juruteknik Komputer FT17 yang bernama Mitchell Christie Ignatious. Beliau akan membantu dalam pemantauan, penyelenggaraan serta pelaporan peralatan ICT di PKG serta di sekolah – sekolah daerah Tuaran.

BIODATA PKG TUARAN

Nama PKG : PKG Tuaran

Kod PKG : XQA4301

Daerah : Tuaran

Negeri : Sabah

Status : Berbangunan

Lokasi : Luar Bandar

Bilangan Staf : 2 Pegawai Teknologi Pendidikan

Bilangan Staf Sokongan : 1 Pembantu Tadbir, 1 Juruteknik Komputer

Bilangan Sekolah Dalam Daerah : 39 Sekolah Rendah;  5 Sekolah Menengah; 2 Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Lokasi Bangunan PKG : Menumpang di tapak SK. Pekan Tuaran

Jarak PKG ke PTPB Kota Kinabalu : 38 kilometer

Jarak PKG ke BTPN Sabah : 45 kilometer

PELAN LOKASI PKG TUARAN

VISI

MENERAJUI TRANSFORMASI GENERASI BESTARI MELALUI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

MISI

PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN INSTRUKSIONAL MENERUSI PEMBUDAYAAN INOVASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH TUARAN (PKG TUARAN)

BIL NAMA SEKOLAH ALAMAT SURAT MENYURAT ALAMAT FIZIKAL JARAK DARI PKG     (KM) NO. TEL NAMA PENGETUA / GURU BESAR
01. SK BERUNGIS P/S 107, 89208 TUARAN Jalan Kg. Berungis 7.0 088-793542 En. Abd. Malik Japarrudin
02. SK BOLONG P/S 109, 89208 TUARAN Jalan Kg. Bolong 6.0 088-788128 En. Salleh Mamun
03. SK BUNDUNG P/S 81, 89208 TUARAN Jalan Kg. Bundung 10.0 088-228846 En. Nazir Lee Wazir
04. SK BUNGALIO W.D.T 86, 89208 TUARAN Jalan Kg. Bungalio 16.0 019-8313675 En. Tuin Sinsiyu
05. SK BARU-BARU P/S 594, 89208 TUARAN Jalan Kg. Baru-Baru 45.0 013-8545459 En. Jukin Mukrin
06. SK SUNGAI DAMIT P/S 294, 89208 TUARAN Jalan Kg. Sungai Damit 12.0 088-782145 Pn. Clara Yanam Gelung
07. SK GAYANG BEG BERKUNCI 44, 89208 TUARAN Jalan Kg. Gayang 15.0 088-496535 Pn. Beche Ganda
08. SK KAULUAN P/S 598, 89208 TUARAN Jalan Kg. Kauluan 11.0 088-782542 Pn. Julia Wong
09. SK KINDU P/S 883, 89208 TUARAN Jalan Kg. Kindu 10.0 088-886001 En. Rahman Awang
10. SK PEKAN KIULU P/S 594, 8920 TUARAN Jalan Kg. Pekan Kiulu 25.0 088-782249 En. Lukish Limban
11. SK LOKUB P/S 594, 8920 TUARAN Jalan Kg. Lokub 48.0 019-5362280 En. Subin Kitang
12. SRPK KOTA KINABALU P/S 594, 89208 TUARAN Jalan Kg. Nongkolud 8.0 088-793632 En. Azman Yatau @ Ubih
13. SK MALANGANG P/S 391, 89208 TUARAN Jalan Kg. Malangang 22.0 088-782784 En. Jowinis Lawadi
14. SK MANTOB P/S 610, 89208 TUARAN Jalan Kg. Mantob 52.0 088-886706 En. Diwah Gimbu
15. SK MENGKABONG P/S 596, 89208 TUARAN Jalan Kg. Mengkabong 5.0 088-788177 Pn. Nuridah Kadom
16. SK NONGKOLUD W.D.T 44, 89208 TUARAN Jalan Kg. Nongkolud 8.0 088-788401 En. Ibrahim Hj. Pudin
17. SK PAHU W.D.T 89, 89208 TUARAN Jalan Kg. Pahu 79.0 088-224278 En. Liamin Rahman
18. SK PENIMBAWAN P/S 130, 89208 TUARAN Jalan Kg. Penimbawan 16.0 016-8021270 En. Masilie Kion
19. SK PORING P/S 594, 89208 TUARAN Jalan Kg. Poring 189.0 019-5334546 En. Peter @ David Sorimpuk
20. SK PUKAK P/S 594, 89208 TUARAN Jalan Kg. Pukak 38.0 016-8814073 En. Rantai Gimbo
21. SK RANGALAU BARU P/S 594, 89208 TUARAN Jalan Kg. Rangalau Baru 18.0 088-782629 En. Mohd. Juin @ Mohd. Nauli
22. SK RANGALAU LAMA P/S 423, 89208 TUARAN Jalan Kg. Rangalau Lama 20.0 019-8792287 Pn. Mariana Godo
23. SK SELUPOH P/S 614, 89208 TUARAN Jalan Kg. Selupoh 5.0 088-788743 En. Justin Lewat
24. SK SERUSOP P/S 609, 89208 TUARAN Jalan Kg. Serusop 16.0 088-791722 Hjh. Adiah Abu Bakar
25. SK TAMBALANG P/S 113, 89208 TUARAN Jalan Kg. Tambalang 6.0 088-788789 Pn. Rohani Kaji
26. SK TAMBULAONG P/S 436, 89208 TUARAN Jalan Kg. Tambulaong 16.0 088-783284 En. Daud Isa
27. SK PEKAN TELIPOK P/S 516, 89208 TUARAN Jalan Kg Telipok 12.0 088-492051 En. Junit Jumin
28. SK TERMUNONG P/S 615, 89208 TUARAN Jalan Kg Termunong 16.0 088-791755 Pn. Rahmah Bandar
29. SK PEKAN TUARAN P/S 79, 89208 TUARAN Jalan Maktab Kent 0.0 088-794279 En. Abd.Razak Muda
30. SK TUDAN P/S 594, 89208 TUARAN Jalan Kg. Tudan 132.0 013-8702702 En. Sachi @ Saji Sono
31. SK WASAI W.D.T 44, 89208 TUARAN Jalan Kg Wasai 98.0 019-8113163 En. Rosley Yusof
32. SK RUGADING P/S 370,89208 TUARAN Jalan Kg. Rugading 10.0 088-301987 Pn. Moreen Gadur
33. SK KITAPOL P/S 594, 89208 TUARAN Jalan Kg. Kitapol 48.0 019-8959391 En. George Bohondoh
34. SK LAYA-LAYA P/S 212, 89208 TUARAN Jalan  Pantai Dalit 13.0 088-788254 En. Andrew Gedeon
35. SRPK PEKAN TUARAN P/S 240,89208 TUARAN Jalan Maktab Kent 0.1 088-787201 En. Wong On Fook
36. SK SUNGOI P/S 618, 89208 TUARAN Jalan Kg. Sungoi 191.0 019-5317294 En. Peter Miwil
37. SK LOK YUK TELIPOK P/S 176, 89208 TUARAN Jalan  Telipok 15.0 088-491045 En. Judin Diana
38. SK ST JOHN P/S 664, 89208 TUARAN Jalan Balai Polis Tuaran 1.0 088-788753 Pn. Helen Gasat
39. SK TOMBONGON P/S 109, 89208 TUARAN Jalan Kg. Tombongon 28.0 088-782641 En. Paul Gadur
40. SJK © CHEN SIN P/S  1, 89208 TUARAN Jalan Masjid Tuaran 1.0 088-788361 En. Tan Wing Wah
41. SJK © KOK WAH P/S 69,89208 TUARAN Jalan Kg. Kauluan 13.0 088-782928 En. Lee Ming Hiong
42. SMK  PEKAN TELIPOK P/S 241, 89208 TUARAN Jalan Telipok 12.0 088-492745 En. Eng Kar Goh
43. SMK SRI NANGKA P/S 803, 89208 TUARAN Jalan Kg Tajau 5.0 088-793779 Pn. Zubaidah Ahmad
44. SMK TUN FUAD STEPHENS BEG BERKUNCI NO. 5 Jalan Kiulu 25.0 088-782835 Pn. Martha A. Bongkok
45. SMK BADIN P/S 149, 89208 TUARAN Jalan Masjid Tuaran 1.0 088-788357 Pn. Lim Lai Hong
46. SM ST. JOHN P/S 248, 89208 Jalan Balai Polis Tuaran 1.0 088-788354 Pn. Ngiam Eng Hong



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 637 other followers

%d bloggers like this: