Penarafan Pembestarian Sekolah SSQS Tahun 2015

28 07 2015

Semua sekolah di negeri Sabah perlu mengisi penarafan SSQS 2015 mulai 28 Julai 2015 – 30 Ogos 2015 di url ini :

SSQSPKGTuaran

Pentadbir SSQS ( Guru ICT) di sekolah perlu ke menu Log Masuk Admin untuk mendapatkan senarai Token (Tag) yang perlu diedarkan kepada setiap responden untuk menjawab soal selidik penarafan SSQS. Log Masuk Admin Sekolah ialah KOD SEKOLAH dan kata laluan ialah KOD SEKOLAH.

Berikut adalah borang-borang responden offline untuk SSQS 2015:

Borang SSQS 2015

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung ke PKG Tuaran di talian 088-787834 atau En. Mitchell di talian 014-3591185.





Electricity Maintenance

12 06 2015

11986830-no-electricityPKG Tuaran telah mengalami masalah bekalan elektrik & penggunaan premis tidak dapat digunakan serta dijalankan setakat ini. Mohon maaf  kepada semua pelanggan-pelanggan PKG Tuaran atas kekurangan yang kami hadapi. Kami berharap masalah ini akan diatasi cepat mungkin. Harap maklum.





Aduan Kerosakan Netbook 1 Malaysia

23 04 2015

Makluman kepada sekolah yang ingin membuat aduan kerosakan netbook 1 Malaysia ini adalah seperti rujukan di bawah:-

Aduan Kerosakan Netbook 1 Malaysia_001Dokumen yang perlu sekolah disediakan untuk aduan kerosakan ini adalah:-

  1. KEW.PA-3 (Daftar Aset Alih Bernilai Rendah)
  2. KEW.PA-9(A) (Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Bernilai Rendah Kerajaan)

Sila klik di sini untuk memuat turun dokumen





Permohonan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah Daerah Tuaran Bagi Tahun 2015

11 02 2015

Mohon kepada semua sekolah daerah Tuaran yang memerlukan penyelenggaraan peralatan ICT agar menghantar surat “Memohon Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah” kepada PKG. Hanya sekolah yang menghantar surat permohonan penyelenggaraan sahaja yang akan dimasukkan dalam senarai sekolah yang terlibat penyelenggaraan untuk tahun 2015.

Untuk makluman SOP penyelenggaraan ICT untuk tahun 2015 adalah seperti berikut:-

  1. Sekolah menghantar surat permohonan kepada  PKG.
  2. PKG/Sekolah akan membuat verifikasi kerosakan peralatan ICT di sekolah yang memohon (Verifikasi boleh dibuat oleh GURU ICT/JURUTEKNIK KOMPUTER Sekolah/PKG).
  3. Sekolah hendak melaporkan peralatan ICT yang memerlukan penyelenggaraan di STS(Support Ticketing System) dan semasa membuat pengisian, sila “Print Screen” hasil pengisian tuan/puan kerana apabila diakhir pengisian tersebut kita tidak dapat mengambil semula hasil pengisian tuan/puan. Ia akan dihantar ke admin sistem berkenaan. Oleh itu, sila ambil maklum tentang perkara ini kerana hasil “Print Screen” itu hendak disertakan bersama-sama borang penyelenggaraan peralatan ICT ini dan untuk rujukan sekolah tuan/puan.
  4. Pegawai PKG akan buat pengesahan verifikasi dan menghantar laporan kerosakan kepada BTPN/PTPB.
  5. Syarikat yang dilantik akan datang ke sekolah untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT.
  6. Pegawai PKG akan datang ke sekolah untuk memantau penyelenggaraan dan memastikan proses penyelenggaraan telah dibuat mengikut verifikasi kerosakan yang dilaporkan. Setelah semuanya selesai, barulah pembayaran akan dibuat.

Mohon ambil makluman juga untuk tahun 2015, pihak BTP KPM telah memutuskan bahawa kontraktor yang terlibat penyelenggaraan “TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA KELUAR PERALATAN YANG ROSAK KELUAR DARIPADA KAWASAN SEKOLAH”. Semua kerja-kerja penyelenggaraan perlu dibuat di dalam kawasan sekolah.

Borang-Borang Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah

P/S: Sila sertakan salinan Daftar Harta Modal(DHM) bagi peralatan ICT yang memerlukan penyelenggaraan.

Sekian, terima kasih.





Pencalonan Anugerah NILAM Peringkat Daerah Tuaran Bagi Tahun 2015

3 02 2015

Kepada GPM sekolah-sekolah daerah tuaran, borang pencalonan anugerah NILAM peringkat daerah Tuaran bagi tahun 2015 boleh dimuat turun melalui URL dibawah:-

Borang Pencalonan Anugerah NILAM Tahun 2015

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PKG Tuaran di talian 088-787834.

Sekian, terima kasih.





Penarafan Pembestarian Sekolah SSQS Tahun 2014

14 08 2014

2014-07-16_0752

Semua sekolah di negeri Sabah perlu mengisi penarafan SSQS 2014 mulai 15 Julai 2014 – 30 Ogos 2014 di url :

SILA KLIK DI SINI–> SSQS Sabah 2014

Pentadbir SSQS ( Guru ICT) di sekolah perlu ke menu Log Masuk Admin untuk mendapatkan senarai Token (Tag) yang perlu diedarkan kepada setiap responden untuk menjawab soal selidik penarafan SSQS. Log Masuk Admin Sekolah ialah KOD SEKOLAH dan kata laluan ialah KOD SEKOLAH.

Berikut adalah borang-borang responden offline untuk SSQS 2014:

Download borang SSQS 2014

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung ke PKG Tuaran di talian 088-787834.





Keputusan SSQS 2013

14 08 2014

Untuk mengetahui keputusan SSQS Daerah Tuaran tahun 2013, sila klik link di bawah:

SSQS Sekolah-Sekolah Daerah Tuaran Bagi Tahun 2013

 








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 702 other followers