Kampus ASTRO


MATLAMAT

Meransang pembelajaran melalui rancangan-rancangan pendidikan & maklumat aktiviti-aktiviti luaran serta sumbangan kepada masyarakat

OBJEKTIF

Memungkinkan saluran/program pendidikan astro digunakan untuk peluang pembelajaran di setiap sekolah kerajaan melalui penajaan:

  • Pemasangan 1 set ‘decoder’ bersama dengan 1 set 32″ LCD TV untuk setiap sekolah
  • 13 pilihan saluran/program ASTRO yang tertumpu kepada pendidikan dan informasi
  • Yuran langganan ASTRO
  • Aktiviti-aktiviti bersama Kementerian Pelajaran, guru-guru dan pelajar-pelajar untuk merangsang penggunaan perkhidmatan ASTRO bagi tujuan pembelajaran

KAMPUS ASTRO DI SABAH, SARAWAK & LABUAN

Projek rintis Kampus ASTRO ini melibatkan 53 buah PKG Sabah, Sarawak dan Labuan serta 127 buah sekolah pada bulan Februari 2009 hingga Julai 2009. Seterusnya pemasangan bagi Fasa 1 akan melibatkan 2609 sekolah di kawasan-kawasan tersebut bermula 2009 hingga 2011.

Menerusi projek ini, 12 saluran berbentuk pendidikan, maklumat dan berita akan dapat dinikmati oleh sekolah-sekolah berkenaan.

Di daerah Tuaran, pemasangan bagi projek rintis melibatkan SM St. John serta SK Gayang.




%d bloggers like this: