Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS(SSQS) Bagi Tahun 2019

26 08 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards(SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indicator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan(k-economy).

Semua sekolah di negeri Sabah perlu mengisi penarafan SSQS 2019 mulai 16 Julai 2019 – 30 Ogos 2019 di url ini :

Pentadbir SSQS (Guru ICT) di sekolah perlu ke menu Log Masuk Admin untuk mendapatkan senarai Token (Tag) yang perlu diedarkan kepada setiap responden untuk menjawab soal selidik penarafan SSQS. Log Masuk Admin Sekolah ialah KOD SEKOLAH dan kata laluan ialah KOD SEKOLAH.

Borang-borang responden offline untuk SSQS 2019 boleh dimuat turun daripada URL di atas. Jika sekolah mempunyai masalah pengisian atau token, sila hubungi PKG di talian 088-787834.





Program Sambutan Ceria Raya Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 2019

24 06 2019





Selamat Hari Raya Kepada Semua Warga KPM

4 06 2019





Program Khidmat Bantu PKG Penampang 25-26 April 2019

29 04 2019

Sesi bergambar setelah selesai melaksanakan khidmat bantu selama 2 hari di pkg penampang.





Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah Daerah Tuaran Bagi Tahun 2019

14 01 2019

Mohon kepada semua sekolah daerah Tuaran yang memerlukan penyelenggaraan peralatan ICT agar melaporkan peralatan ICT sekolah yang tidak berfungsi/rosak melalui STS(Support Ticketing System) Peringatan kepada sekolah untuk mengenalpasti serta membuat pelaporan kerosakan pada awal tahun dan tidak membuat pelaporan tanpa dokumen yang lengkap.

Untuk makluman SOP penyelenggaraan ICT untuk tahun 2019 adalah seperti berikut:-

  1. Sekolah melaporkan kerosakan melalui STS.
  2. PKG/Sekolah akan membuat verifikasi kerosakan peralatan ICT di sekolah yang memohon (Verifikasi boleh dibuat oleh GURU ICT/JURUTEKNIK KOMPUTER Sekolah/PKG).
  3. Sekolah hendak melaporkan peralatan ICT yang memerlukan penyelenggaraan di STS(Support Ticketing System) dan semasa membuat pengisian, sila “Print Screen” hasil pengisian tuan/puan kerana apabila diakhir pengisian tersebut kita tidak dapat mengambil semula hasil pengisian tuan/puan. Ia akan dihantar ke admin sistem berkenaan. Oleh itu, sila ambil maklum tentang perkara ini kerana hasil “Print Screen” itu hendak disertakan bersama-sama borang penyelenggaraan peralatan ICT ini dan untuk rujukan sekolah tuan/puan.
  4. Pegawai PKG akan buat pengesahan verifikasi dan menghantar laporan kerosakan kepada BTPN/PTPB.
  5. Syarikat yang dilantik akan datang ke sekolah untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT.
  6. Pegawai PKG akan datang ke sekolah untuk memantau penyelenggaraan dan memastikan proses penyelenggaraan telah dibuat mengikut verifikasi kerosakan yang dilaporkan. Setelah semuanya selesai, barulah pembayaran akan dibuat.

Mohon ambil makluman pihak sekolah juga, pihak BTP KPM telah memutuskan bahawa kontraktor yang terlibat penyelenggaraan “TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA KELUAR PERALATAN YANG ROSAK KELUAR DARIPADA KAWASAN SEKOLAH”. Semua kerja-kerja penyelenggaraan perlu dibuat di dalam kawasan sekolah.

Borang-Borang Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah

P/S: Sila sertakan salinan Daftar Harta Modal(DHM) bagi peralatan ICT yang memerlukan penyelenggaraan.

Sekian, terima kasih.





Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) Tahun 2018

20 07 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards(SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indicator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan(k-economy).

Semua sekolah di negeri Sabah perlu mengisi penarafan SSQS 2017 mulai 16 Julai 2018 – 30 Ogos 2018 di url ini :

Pentadbir SSQS (Guru ICT) di sekolah perlu ke menu Log Masuk Admin untuk mendapatkan senarai Token (Tag) yang perlu diedarkan kepada setiap responden untuk menjawab soal selidik penarafan SSQS. Log Masuk Admin Sekolah ialah KOD SEKOLAH dan kata laluan ialah KOD SEKOLAH.

Borang-borang responden offline untuk SSQS 2018 boleh dimuat turun daripada URL di atas. Jika sekolah mempunyai masalah pengisian atau token, sila hubungi PKG di talian 088-787834.

 





Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS)

6 07 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS). Fasa 1 penilaian ini akan dilaksanakan pada 06 Jun – 30 Julai 2018.

Klik Digital Competency Standards Sabah untuk masuk ke laman tersebut.





Jemputan Penyertaan Pertandingan Penghasilan Filem Pendek/Animasi Sempena Sabah Screen Fest 2018

6 07 2018

Kementerian Pelajaran Dan Inovasi Negeri Sabah (K-Pi) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah)  dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPN Sabah) akan menganjurkan “SABAH SCREEN FEST” pada 7-9 November 2018.

Tema bagi  penghasilan Filem Pendek/Animasi ialah “Love/Hate“.

Berikut adalah surat jemputan untuk sekolah-sekolah : Pertandingan Penghasilan Filem Pendek/Animasi





Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) Tahun 2017

4 08 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards(SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indicator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan(k-economy).

Semua sekolah di negeri Sabah perlu mengisi penarafan SSQS 2017 mulai 15 Julai 2017 – 30 Ogos 2017 di url ini :

 

Pentadbir SSQS (Guru ICT) di sekolah perlu ke menu Log Masuk Admin untuk mendapatkan senarai Token (Tag) yang perlu diedarkan kepada setiap responden untuk menjawab soal selidik penarafan SSQS. Log Masuk Admin Sekolah ialah KOD SEKOLAH dan kata laluan ialah KOD SEKOLAH.

Borang-borang responden offline untuk SSQS 2017 boleh dimuat turun daripada URL di atas. Jika sekolah mempunyai masalah pengisian atau token, sila hubungi PKG di talian 088-787834.





Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) Tahun 2016

15 07 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards(SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indicator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan(k-economy).

Semua sekolah di negeri Sabah perlu mengisi penarafan SSQS 2016 mulai 15 Julai 2016 – 30 Ogos 2016 di url ini :
ssqspkgtuaran2016

 

Pentadbir SSQS ( Guru ICT) di sekolah perlu ke menu Log Masuk Admin untuk mendapatkan senarai Token (Tag) yang perlu diedarkan kepada setiap responden untuk menjawab soal selidik penarafan SSQS. Log Masuk Admin Sekolah ialah KOD SEKOLAH dan kata laluan ialah KOD SEKOLAH.

Berikut adalah borang-borang responden offline untuk SSQS 2016:

Borang SSQS 2015

Mohon kerjasama daripada pihak sekolah daerah Tuaran dalam pengisian SSQS 2016 ini. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung ke PKG Tuaran di talian 088-787834 atau En. Mitchell di talian 014-3591185.