Permohonan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah Daerah Tuaran Bagi Tahun 2015

11 02 2015

Mohon kepada semua sekolah daerah Tuaran yang memerlukan penyelenggaraan peralatan ICT agar menghantar surat “Memohon Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah” kepada PKG. Hanya sekolah yang menghantar surat permohonan penyelenggaraan sahaja yang akan dimasukkan dalam senarai sekolah yang terlibat penyelenggaraan untuk tahun 2015.

Untuk makluman SOP penyelenggaraan ICT untuk tahun 2015 adalah seperti berikut:-

  1. Sekolah menghantar surat permohonan kepada  PKG.
  2. PKG/Sekolah akan membuat verifikasi kerosakan peralatan ICT di sekolah yang memohon (Verifikasi boleh dibuat oleh GURU ICT/JURUTEKNIK KOMPUTER Sekolah/PKG).
  3. Sekolah hendak melaporkan peralatan ICT yang memerlukan penyelenggaraan di STS(Support Ticketing System) dan semasa membuat pengisian, sila “Print Screen” hasil pengisian tuan/puan kerana apabila diakhir pengisian tersebut kita tidak dapat mengambil semula hasil pengisian tuan/puan. Ia akan dihantar ke admin sistem berkenaan. Oleh itu, sila ambil maklum tentang perkara ini kerana hasil “Print Screen” itu hendak disertakan bersama-sama borang penyelenggaraan peralatan ICT ini dan untuk rujukan sekolah tuan/puan.
  4. Pegawai PKG akan buat pengesahan verifikasi dan menghantar laporan kerosakan kepada BTPN/PTPB.
  5. Syarikat yang dilantik akan datang ke sekolah untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT.
  6. Pegawai PKG akan datang ke sekolah untuk memantau penyelenggaraan dan memastikan proses penyelenggaraan telah dibuat mengikut verifikasi kerosakan yang dilaporkan. Setelah semuanya selesai, barulah pembayaran akan dibuat.

Mohon ambil makluman juga untuk tahun 2015, pihak BTP KPM telah memutuskan bahawa kontraktor yang terlibat penyelenggaraan “TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA KELUAR PERALATAN YANG ROSAK KELUAR DARIPADA KAWASAN SEKOLAH”. Semua kerja-kerja penyelenggaraan perlu dibuat di dalam kawasan sekolah.

Borang-Borang Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah

P/S: Sila sertakan salinan Daftar Harta Modal(DHM) bagi peralatan ICT yang memerlukan penyelenggaraan.

Sekian, terima kasih.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: