Karnival NILAM Negeri Sabah 2013

13 03 2013

Karnival NILAM Negeri Sabah 2013 adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Pada tahun ini Karnival NILAM Negeri akan diadakan di SMKA Mohamad Ali, Ranau  dari 18 hingga 22 Mac 2013.  Program-program besar yang jalankan semasa karnival ini ialah Pemilihan Tokoh NILAM Negeri, Khemah Membaca, dan Jejak Maklumat Peringkat Negeri.

Program Pemilihan Tokoh NILAM Negeri pada tahun ini melibatkan dua kategori calon iaitu Kategori Bahasa Melayu,dan Kategori Bahasa Inggeris. Ujian penilaian akan dijalankan pada 19 Mac 2013 di SMKA Mohamad Ali, Ranau.

Bagi calon Kategori Bahasa Melayu, pertandingan akan melibatkan 5 kategori iaitu

Kategori Sekolah Rendah Bandar- BM, Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar – BM, Kategori Sekolah Menengah Bandar – BM, Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar – BM dan Kategori Sekolah Rendah Pedalaman – BM.

Begitu juga Kategori Bahasa Inggeris, pertandingan melibatkan Kategori Sekolah Rendah Bandar- BI, Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar – BI, Kategori Sekolah Menengah Bandar – BI, Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar – BI dan Kategori Sekolah Rendah Pedalaman – BI.

Acara Kemuncak  ialah  empat orang akan dipilih sebagai tokoh NILAM Negeri iaitu satu orang  bagi setiap kategori berikut: Kategori Sekolah Rendah- BM, Kategori Sekolah Menengah – BM, Kategori Sekolah Rendah- BI, Kategori Sekolah Menengah – BI.

Program Khemah Membaca Peringkat Negeri  akan berlangsung dari 18 hingga 21 Mac 2013. Peserta-peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 yang terpilih dari enam bahagian di seluruh negeri. Sebagai menghargai penglibatan dan pencapaian mereka dalamProgram NILAM, mereka akan mengikuti beberapa sesi ceramah, bengkel dan lawatan ilmu.

Jejak Maklumat Peringkat Negeri pula akan dijalankan pada 20 Mac 2013 bertempat di SMKA Mohamad AliRanau. Pertandingan ala explorace ini akan melibatkan kategori sekolah rendah, dan menengah yang terdiri daripada peserta-peserta Khemah Membaca dari enam bahagian.

Majlis Perasmian Penutupan Karnival NILAM Negeri Sabah akan diadakan pada 22 Mac 2013 yang dijangka akan dirasmikan oleh Datuk Masidi ManjunMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: