Pelaksanaan Speedtest Sekolah

2 04 2014

BTP ICT telah membangunkan sistem elapor yang bertujuan untuk memantau prestasi capaian internet 1BestariNet iaitu 4Mbps – 10Mbps sekolah-sekolah selaras dengan pematuhan kepada terma-terma perjanjian perkhidmatan 1BestariNet. Berikut adalah pelaksanaan speedtest sekolah daerah Tuaran. Mohon jasa baik tuan/puan untuk membuat pengujian speedtest untuk sekolah yang terlibat. Pengisian data boleh dibuat melalui url di bawah:-

Pengisian Pelaksanaan Speedtest Sekolah

Sekolah dikehendaki melaksanakan Speedtest pada setiap bulan melalui laman speedtest di url ini ; http://www.speedtest.net/ dan laporan Speedtest perlu dihantar menerusi email PKG Tuaran(pkgtuaran@gmail.com) dalam format PNG. Cara untuk kita mengambil data Speedtest ini adalah seperti berikut:-

Cara-cara sekolah untuk membuat pelaksanaan Speedtest

Sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan ini adalah:-

  1. SK. Berungis (XBA4303)
  2. SK. Sungai Damit (XBA4310)
  3. SRPK. Kota Kinabalu (XBA4327)
  4. SK. Malangang Baru (XBA4328)
  5. SK. Mengkabong (XBA4330)
  6. SK. Nongkolud (XBA4331)
  7. SK. Selupoh (XBA4341)
  8. SK. Pekan Telipok (XBA4363)
  9. SK. Pekan Tuaran (XBA4372)
  10. SRPK. Tuaran (XBA4385)

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mitchell di talian 0143591185 untuk keterangan lebih lanjut. Terima kasih atas kerjasama tuan/puan dalam hal ini.





Bengkel Hands On Training : Backup & Restore Sistem Operasi Dengan Norton Ghost/Hiren’s BootCD

12 03 2014

Bengkel Hands On Training : Backup & Restore Sistem Operasi Dengan Norton Ghost/Hiren’s BootCD disertai oleh 16 orang juruteknik daripada sekolah dan PKG daerah Tuaran/Tamparuli. Bengkel ini bertempat Bilik Mesyuarat Mabul, PKG Tamparuli & berlangsung pada 02 sehingga 03 Mac 2014, bermula pada 8.30am hingga 4.30pm.  Objektif bengkel ini adalah:

  1. Mengetahui kegunaan program Norton Ghost.
  2. Menggunakan GHOST untuk membina imej cakera keras sebagai imej sandaran(backup image).
  3. Menggunakan imej GHOST untuk menyelamat sistem anda kepada keadaan seperti ketika imeh GHOST dibina.
  4. Membina disk penyelamatan.

 





Karnival Nilam Peringkat Negeri Sabah 2014

4 03 2014

Karnival ini memberi pengiktirafan kepada murid yang telah berjaya menjalankan Program Nilam dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Disampingkan melahirkan dan mengenal pasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketrampilan serta mempunyai sifat kepimpinan.

Program ini juga meningkatkan minat membaca yang berterusan, menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti sekaligus melahirkan tokoh Nilam yang dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.





Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Buletin Karnival NILAM 2014

28 02 2014

Mesyuarat ini bertempat di PKG Penampang pada 28 Februari 2014. Yang hadir dalam mesyuarat ini adalah En. Romzi Ahmad, En. Azmy & En. Fadzley daripada BTPN Sabah, juruteknik komputer PKG daripada zon Kota Kinabalu(Kota Kinabalu, Penampang, Tamparuli, Tuaran) dan juga PKG Papar, dan guru perpustakaan & media daripada daerah Penampang. Mesyuarat ini diadakan untuk menerangkan AJK-AJK pembikinan buletin dan pengurusan dokumentasi pada aktiviti karnival NILAM peringkat negeri Sabah 2014.





Soalan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Tuaran 2014

20 02 2014

Berikut adalah Soalan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Tuaran 2014 untuk rujukan serta tuan/puan boleh memuat turun soalan ini di URL di bawah:

  1. Soalan individu Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
  2. Soalan individu Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
  3. Soalan kumpulan Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
  4. Soalan kumpulan Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Rodymond, PKG Tamparuli di talian 088783297.

Sekian, terima kasih.





Status Makmal Komputer Sekolah-Sekolah Daerah Tuaran 2014

17 02 2014

Pihak BTPN memerlukan data berkaitan dengan makmal komputer sekolah. Sehubungan dengan itu mohon jasa baik pihak sekolah untuk kemaskini maklumat berkenaan dengan makmal komputer sekolah. Sila lengkapkan borang status pengisian ini melalui URL berikut :

Borang Status Makmal Komputer Daerah Tuaran 2014

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mitchell di talian 0143591185 untuk keterangan lebih lanjut. Terima kasih atas kerjasama tuan/puan dalam hal ini.





Status Pengisian Sistem Pengurusan Sekolah(SPS)

17 02 2014

Salam Sejahtera,

Bersama ini dilampirkan Status Pengisian Sistem Pengurusan Sekolah(SPS) setakat 13 Februari 2013 untuk rujukan pihak sekolah. Sila klik pada URL berikut :

Status Pengisian Sistem Pengurusan Sekolah(SPS)

Mohon kerjasama pihak sekolah yang belum mengisi atau belum lengkap mengisi untuk melengkapkan 3 perkara utama iaitu:

  1. Jumlah Kemudahan
  2. Jumlah Pelajar
  3. Jumlah Staf

Pengisian perlu dilengkapkan sebelum 21 Februari 2014. Kerjasama pihak sekolah atas perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Harap maklum.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 637 other followers